Friday, 2 May 2014

TAJAAN

MARA
 
 


PERMOHONAN E-PENDAHULUAN MARA

Syarat dan kelayakan untuk mendapatkan Pendahuluan adalah:

  • Pendapatan kasar bulanan ibubapa/penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi ibubapa/penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
  • Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
  • Berumur tidak melebihi 35 Tahun bagi peringkat Diploma dan 40 Tahun bagi Ijazah Pertama.
  • Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan/ Pra Universiti atau Diploma atau Higher National Diploma (HND) atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS, IPTA atau IPMa di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP)
  • Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan/ Pra-U di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP)
  • Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke Pejabat MARA Negeri dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.
  • Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut alamat terkini pelajar.
  • SILA RUJUK LAMAN WEB E-PENDAHULUAN MARA.

SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN MARA

Syarat-syarat Am

  • Mesti Bumiputera warganegara Malaysia
  • Mesti Ibu dan bapa berstatus Bumiputera
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana badan penganjur atas sebab-sebab tindakan disiplin
  • Tidak pernah dianjur oeh mana-mana badan penganjur lain di peringkat pengajian yang sama.
  • Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain
  • Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan
  • Diperakui sihat dan normal oleh panel doctor yang bertauliah.
  • Mesti memperolehi empat (4) matapelajaran kredit/pujian di peringkat SPM/SPMV termasuk matapelajaran Matematik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. (Matapelajaran yang kredit tidak termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.)
  • Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL baji pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua)


PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

 
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

  • Pemohonan Warnganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (BM wajib ambil)
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
  • Tiada panaja lain
  • Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)



LAIN- LAIN SUMBER KEWANGAN


TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM)

  1. Pinjaman ini terbuka kepada 'ANAK NEGERI MELAKA' bumiputera dan bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntu  atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
  2. Takrif "Anak Negeri Melaka" adalah seperti berikut:
  • Pemohon lahir di negeri Melaka; atau
  • Ibu dan/ atau bapa pemohon lahir di Melaka; atau
  • Pemohon dan ibu/bapa telah menetap di dalam negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
     3.  Telah diterima masuk ke university/institusi pengajian tinggi yang ditetapkan
     4.  Lulus dengan baik peperiksaan SPM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu


LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya:

  • Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (tiga) tahun
  • Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah)
  • Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Apa yang anda perlu buat untuk melayakkan anda memohon:

  • Ada akaun KWSP
  • Ada baki di dalam akaun 2
  • Isi boring KWSP 9H (AHL) - DOWNLOAD DI WEBSITE
  • Hantar boring ke cawangan terdekat
Antara syarat penting yang perlu anda ikut ada tertulis di boring KWSP 9H (AHL) iaitu:

  • Anda kemukakan surat tawaran dan pengesahan dari Universiti atau pusat pengajian yang diiktiraf
  • Jurusan yang anda ikuti juga perlu mendapat sijil akriditasi oleh MQA
  • Jika anda sudah memasuki semester 2 atau seterusnya anda perlu kemukakan slip keputusan terkini.